Ahad, 6 Februari 2011

Kisah Aku dan ROKOK

Urmmmm.....
         Macam mana aku boleh terjebak dengan gejala ni? Seingat aku kali pertama aku menyedut mamat ni waktu aku sekolah rendah lagi. First time la tu.... Kalu bapak aku tau mati la aku. Hu hu hu...... Masa tu Aku, Pandi, Wan & Nazri gi main kat Taman Awam area tepi Sungai Igan. Mana pulak tempat nya Sungai Igan tu.... Lokasi sungai tak payah la korang tau. Nak tau jugak gi cari dalam Google k.
Wan & Nazri la punya pasal.... Aku & Pandi budak baik.... ha ha ha Ängkat Bakul" la pulak & mula lah nak salah kan orang. :) Jahat Jahat Jahat..
          Sekali Sedut mak aiii nak termuntah aku batuk.... Taubat tak nak lagi..... Taubat masa tu je.... Masuk sekolah menengah terpisah lah aku ngan geng-geng kamceng aku ni.... Maklumlah masuk sekolah asrama. Sekolah mana aik..... Korang cari sekolah mana letaknya di tapak airport lama Sibu. :-D.
          Orang kata masuk kandang kambing mengembek..... tapi aku tak der la masuk kandang kambing. Aku masuk sekolah berasrama je..... Geng la ngan abang-abang senior kat sekolah tu..... Nak ramai kawan isap la rokok. Betul jugak aikkk tektik tu... Betul bagi orang yang SOT cam aku kot. Ha ha ha...... Tapi time sekolah tak da lah aku ketagih.... Cuma suka-suka time lepak ngan kawan-kawan. Warden selalu buat pemeriksaan mengejut.... Nasib baik lah aku ni jenis yang tak simpan rokok. Tapi cerita pasal rokok kat sekolah yang tak leh aku lupa sampai sekarang aku KANTOI ngan Cikgu "D" nama penuh tak leh sebut kang aku dahaka kat cikgu. :-p. He is my Ketua Warden masa tu....
         Macam nie ceritanya.... masa budak-budak lain sibuk makan tengah ari kat Dewan Makan, aku gi tapau makan dalam kelas..... Aku buat ulangkaji la konon. Tapi betul la Ulangkaji sambil makan. Lepas makan aku pun berasap la sambil baca buku. Tak silap buku Sains Tingkatan 3. Tiba-tiba ada sesuatu pegang baru kiri aku. Oppocot... Mak kau... ha ha siap latah lagi.  Pucat lesu lesi muka aku time tu.... dah kantoi nak buat cam ner. Tapi kan Cikgu D bukannya nak marah-marah aku or bagi pelempang kat aku. Dia tarik kerusi & duduk sebelah aku. Ingatkan dia nak join skali.... Bukan lah.... Dia bagi ceramah motivasi. Kembang jugak hidung aku time dia puji puji aku. Nak terjatuh taik idung sebab kembang sangat. Pelik kan bukan nyer kena marah.... Ilmu apa yang aku pakai? Apa yang dia puji tak yah la bagi tau... kang korang jeles la pulak.....
           Kami orang budak asrama tak der pot khas merokok ni.... Just tunggu line clear je... Tempat biasa JAMBAN laaaaa sebelum mandi... Kenapa aikkk.... sebab nak bagi hilang bau kot lepas mandi. Tengah malam & Selepas sembahyang subuh. Waktu Sekolah kita orang tak buat... sebab ramai cikgu n cikgi berkeliaran. Rokok apa aku hisap time skolah..?? Winston! masa tu murah lagi.... mampu la jugak beli dengan duit belanja yang bapak bagi. Tapi Sumpah aku time skolah tak ketagih pun. Kalu ada... ada.... kalu tak ada... buat diam je.... Bukannya kaki Pau rokok member.
           Masuk UTM tahun 1996. Rindu aku kat U tu. Zaman kehidupan yang paling best la zaman U. Tol tak? Aku duduk seorang kat bilik perseorangan. Malas nak kongsi-kongsi. Susah nak buat maksiat. Ha ha ha... Bodoh! Bangang! Tahun Pertama kurang pegang bendalah ni.... Aku lebihkan duit aku untuk komik... Kawan-kawan tumpang baca kat bilik je... Masa tu Rokok Marlboro sekotak baru RM3.20 - RM3.70. Mampu lagi beli.... Masuk tahun kedua aku mula ketagih sebab selalu outing ngan member-member SoSial. Jiwa remaja masa tu... Tempat yang tak seharusnya pergi Aku pergi. Hu hu hu.... Insaf Insaf. Pernah jugak berhenti masa tahun ke-empat aku kat U. Tapi DEMAM beb Gua cakap lu.... Dua minggu aku berhenti. Masa tu Sem break. Memberr-member ajak gi kelah lak kat Batu Layar.... Batu Layar kat mana? Korang skali lagi Google k. Time malam malam lepak depan unggun api member member macam best je isap rokok. Teringin la pulak anak tekak ni. Urm.. Hentam la Labu... Sia-sia usaha aku selama dua minggu dengan Demam lagi. Kan kah BEGOK? 
             Korang mungkin tak percaya... Mak n Bapak aku tak tau yang aku merokok. Sebab tak pernah kantoi walaupun bilik tidur aku kat kampung berhadapan dengan bilik Mak n Bapak aku..... Terer tak aku...? Aku kantoi bila? Cerita kantoi Version Ke-2. Masa tu aku dah tamat pengajian. Ambil lah peluang cari duit saku dengan berkerja jadi Guru Sandaran Tak Terlatih di SMK Rosli Dhoby. Kawan aku si Mat stay umah aku masa jadi Guru Sandaran sebab kampung dia jauh kat Bayong Sarekei. Tengah kita orang rancak makan tengah ari sebelum turun kerja (Aku mengajar sesi petang).... Bapak buka cerita.... Katanya : Äku punya lah syok puji anak bungsuku ni baik tak macam abang-abang dia. Taat solat n tak merokok. Tapi sepupu dia kata dia merokok kat Paloh" Bikin malu je puji.... Tergamam aku masa tu... nak tercekik nasik kat tekak. Aku buat buat tak dengar je... Sori Papa, bukan bermaksud memalukan Papa. Siapa suruh puji kita kat orang. Kan dah malu. Ha ha ha.... Lepas tu aku rokok lah sewenang nya kat Kampung. Tanpa perlu risau bab bab KANTOI ni.... Tapi aku tak merokok depan orang tua ku. Sebab hormat......
              Masa alam pekerjaan.... makin rancak lah aku. Konon-konon nak berhenti sebelum Kawin....... Urmmmmmmmmmm HAMPEHHH.... tak juga. Then kata nak berhenti bila dah ada anak...... HAMPEHHHHH Sekali lagi Tak juga.... Sampai bila lah aku nak jadi HAMBA ROKOK ni.... walaupun sekarang sekotak berharga RM10.00. Sama harga rokok kat Singapore masa aku kat U dulu... Aku Dan ROKOK biar masa yang menentukan.... Tak nak cakap dah nak berhenti....